MUSLIM MILLENNIUM SUCCESS

MUSLIM MILLENNIUM SUCCESS

Give Kids A Smile


-

Friday, 9 November 2012

Program Cuti Sekolah




















Pihak MMS OASIS menawarkan Program Istimewa Sempena Cuti Sekolah ini.. Membimbing Generasi Intelek Al-Quran & Membina Jati Diri Muslim Soleh dan Solehah..

ALLAH S.W.T berfirman: "Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka, tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya." 
(Surah At-Tur:21)

PENDAFTARAN DI BUKA SEKARANG!! 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pihak kami 
Muslim Success..

Monday, 22 October 2012

Kelas Pengajian



Alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat Iman & Islam buat diri kita semua.. Moga Redha ILAHI akan sentiasa mengiringi setiap langkah perjalanan menuju kehidupan yang abadi kelak.. Aminn Ya Rabb!!

Hazrat ‘Abdul Rahman bin ‘Auf R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“Tiga perkara akan berada di bawah naungan ‘Arasy ALLAH TAALA pada hari kiamat.. Pertama, al-Quran.. Al-Quran akan berhujah dengan manusia dan Al-Quran ini mempunyai zahir dan batin.. Kedua, amanah.. Ketiga, tali persaudaraan (silaturrahim) yang akan mengisytiharkan, “ketahuhilah, sesiapa yang menghubungkan daku maka ALLAH S.W.T akan menghubungkannya (dengan rahmatNYA), sesiapa yang memutuskan daku maka ALLAH S.W.T akan memutuskannya (daripada rahmatnya).”


Moga ilmu Al-Quran yang mulia ini akan menjadi peneman setia sehingga ke hujung nyawa.. Moga dapat bersama mengamalkannya di dalam kehidupan ini.. InSyaALLAH.. 





Aktviti penulisan yang menjadi suatu teknik yang terbaik dan berkesan, yang membuatkan pelajar mengenali huruf di dalam Al-Quran dengan kadar masa yang singkat.. Alhamdulillah.. Di sini, pihak kami menyediakan cara terbaik dalam mengenali huruf Al-Quran juga membawa kalimah ALLAH itu dengan cara yang terbaik.. 


Teknik Pelajaran merangkumi:

Pembacaan
Penulisan
Pemahaman
Pendengaran





Alhamdulillah, dengan teknik yang digunakan ianya sangat membantu pelajar untuk mengenali pembacaan dengan dalam kadar masa yang cepat. Tahniah! Moga terus berjaya dalam memperolehi keberkatan mempelajari ilmu yang mulia ini.. Aminn..








Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tidak dibenarkan sebarang hasad kecuali terhadap dua jenis orang. Sesorang yang ALLAH TAALA telah merahmatinya dengan pembacaan Al-Quran, maka dia berada dalam keadaan demikian siang & malam dan seseorang yang dikurniakan harta dan dia membelanjakan harta itu (di jalan ALLAH TAALA) siang & malam.”

~Hadith riwayat Bukhari, Tirmizi & Nasaie~


Friday, 5 October 2012

Selamat Ulangtahun Kelahiran


SELAMAT HARI LAHIR


AZFAR HAKIM  
(4 TAHUN)




Tanggal 5hb Oktober, lahir seorang kanak-kanak yang dikurniakan nama Azfar Hakim.. Alhamdulillah, moga dengan didikan ilmu yang diberikan akan dapat membentuk menjadi muslim yang soleh berjaya di dunia serta akhirat kelak.. InSyaALLAH.. 


bergambar kenangan bersama Aiman & Adam


Semoga memperolehi kejayaan dunia & akhirat kelak.. Juga didoakan semoga menjadi insan yang baik, anak yang soleh dan dapat berbakti kepada kedua ibubapa.. Dan sentiasa dalam lindungan Rahmat serta Redha daripada ALLAH S.W.T.. Aminn Ya Rabbal Alamin..


Monday, 24 September 2012

Selamat Hari Lahir


SELAMAT HARI LAHIR 
YANG KE-7

NUR BASYIRAH AQILAH




Semoga menjadi insan yang berjaya, berbahagia & dapat berbakti kepada kedua ibubapa juga masyarakat di waktu mendatang kelak. InSyaALLAH, Aminn!!.. Didoakan semoga sentiasa berada dalam lindungan Redha & Rahmat daripada ALLAH S.W.T.. 





May ALLAH Bless you and keep you always in HIS tender & Loving Care.


Praying that your day is as special as you are.





Tuesday, 1 May 2012

Ulangtahun Kelahiran


SELAMAT HARI ULANGTAHUN

MUHAMMAD AIMAN B. NASRI

25.04.2012





Semoga Aiman akan menjadi anak yang soleh, insan yang berguna, berjaya di dunia dan akhirat kelak.. Didoakan semoga dikurniakan usia yang panjang dalam keredhaan ALLAH S.W.T dan senantiasa dimurahkan rezeki.. Semoga menjadi insan yang teguh berjuang memartabatkan Agama Islam yang suci.. InSya ALLAH.. Aminn Ya RABB!!..




Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke 7 buat Aiman..

Moga sentiasa dalam peliharaan dan lindungan Rahmat Dari ILAHI..
Aminn..


*************

Wednesday, 4 April 2012

Pendidikan Islam


Pusat Pengajian MMS OASIS RESOURCES menerapkan ilmu-ilmu yang dituntut di dalam Islam.. Melentur jiwa anak-anak dari usia yang muda untuk diperkenalkan dengan ilmu pengetahuan agar dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian.. Semoga anak-anak didik di bawah bimbingan kami akan memperoleh kejayaan di dunia juga di akhirat kelak..




Pihak kami mempunyai teknik pembelajaran bacaan Iqra'/Al-Quran merangkumi:

(1) Pembacaan
(2) Pendengaran
(3) Pemahaman
(4) Penulisan


Pihak MMS Oasis menekankan aspek kejayaan dalam diri anak didik dengan menggunakan teknik pelajaran yang berbeza, di mana dalam masa yang sama akan membuatkan pelajar tertarik dengan ilmu Al-Quran ini dengan tidak merasa jemu untuk mempelajarinya.. Seterusnya ia dapat memupuk minat pelajar terhadap ilmu Al-Quran yang suci ini.. InSya ALLAH..






Variasi Kemahiran:

*Mengeja
*Menyebut
*Membaca
*Menulis





Pelajar akan diberikan fokus secara 'individual'.. Antara teknik pembelajaran adalah:

(1) Pelajar akan membaca terlebih dahulu dan diperhatikan bacaannya oleh tenaga pengajar serta membetulkan kesalahan jika terdapat kesalahan dalam bacaan
(2) Pelajar akan diberikan latihan menulis daripada apa yang dibacakan
(3) Pelajar akan mengulangi bacaannya semula
(4) Tenaga pengajar akan membaca bacaan dan diikuti dengan pelajar membacanya
(5) Sesudah didapai bacaan pelajar itu lancar, akan dialihkan ke bahagian seterusnya








Sabda Rasulullah SAW: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya”. (riwayat Malik)


Ilmu Fardhu Ain juga diterapkan dalam diri anak didik.. Semoga ilmu yang dipelajari akan dapat membentuk generasi yang cemerlang dan menjadi anak soleh / solehah di sisi keluarga serta masyarakat kelak.. Aminn..





Bagi sesiapa yang berminat dan untuk keterangan lanjut, sila hubungi pihak kami di talian:

03-87233487

019-6984517


'Al-Ilmu Maal Amal Asas An-Najah'



Friday, 23 March 2012

Pusat Pengajian MMS OASIS RESOURCES

Telah bersabda Nabi SAW: “Barangsiapa belajar ia akan suatu bab daripada ilmu padahal diamalkan akan dia atau tiada diamalkan akan dia nescaya adalah pahalanya amat lebih daripada sembahyang sunat 1,000 rakaat”.


Menuntut ilmu amat dituntut di dalam Islam.. Sebagai hamba ALLAH yang sentiasa leka dan lalai, seharusnya kita sentiasa beristighfar dan memajukan diri dalam mendekatkan diri denganNYA.. Mendidik anak-anak agar sentiasa menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan di akhirat kelak..




Pusat Pengajian kami menyediakan perkhidmatan menimba ilmu duniawi juga yang paling penting ialah ilmu ukhrawi.. Berpegang teguh kepada matlamat iaitu 'Ke Arah Melahirkan Generasi Al-Quran Yang Unggul'.. Moga diri kita juga anak kita akan menerima didikan yang sewajarnya yang dituntut dalam Islam..

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai teknik pembelajaran di Pusat Pengajian kami.. Kami menawarkan silibus pengajian menerusi pengalaman menubuhkan Pusat Pendidikan di Wales, United Kingdom.

SILA HUBUNGI PIHAK KAMI:

03-87233487
019-6984517





Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Hai Abu Hurairah, pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah kepada manusia, dan hendaklah kau selalu begitu hingga datang maut menghampirimu dalam keadaan begitu maka para malaikat berduyun-duyun ke makammu sebagaimana orang-orang mukmin berduyun-duyun ke Baitullah al-Haram.”




Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka ALLAH akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

"Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu."

"Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang ada di dalam air."

"Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain."

"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali."

(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)


Tuesday, 21 February 2012

Kelas Pengajian Dewasa & Kanak-Kanak


Bismillahirrahmanirrahim..


'Kebahagian ilmu pengetahuan itu bersifat tetap, keagungannya kekal, namanya selalu dikenang.. Sedangkan kebahagiaan memiliki harta akan lenyap, keagungannya akan hilang, dan namanya segera dilupakan'..
 (Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni)


Menuntut ilmu adalah suatu amalan yang sungguh mulia di sisi ILAHI.. Lebih-lebih lagi ilmu yang dituntut itu merupakan suatu pendidikan yang murni demi menggapai kejayaan abadi nun di akhirat sana kelak.. Ilmu Al-Quran adalah ilmu yang suci yang mestilah dipelajari akannya, kerana Quran merupakan sumber segala-galanya dalam kehidupan kita di dunia sementara ini menuju ke kehidupan abadi kelak suatu hari nanti.. Mari bersama kita mempelajari, mengamati dan beramal dengan ilmu Al-Quran yang suci ini..


Kepada golongan dewasa & kanak-kanak yang berminat untuk mempelajari
 ilmu Al-Quran.. 
PENDAFTARAN DIBUKA SEPANJANG TAHUN!!

Sila hubungi untuk keterangan lanjut:

03-87233487
019-6984517




Kepada ibu bapa, mari bersama mendalami rintihan anak soleh..

'Ilmu akhirat wajib dipelajari, bekalan untuk bertemu ILAHI..
Ilmu duniawi boleh dicari, panduan hidup untuk berbakti'




Anak itu umpama kain putih yang suci bersih.. Maka ibu bapanyalah yang berhak mencorakkan keperibadian anak-anak mereka.. Mari kita mendidik anak-anak kita ke arah kebaikan dalam menggapai keredhaan ILAHI, sebagai penguat diri kita untuk sentiasa mendoakan kita agar dalam pemeliharaan ALLAH SWT selalu.. Aminn..


Wednesday, 18 January 2012

Promosi Kelas Pengajian & Bahasa Arab



Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang 


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang memasuki sesuatu jalan bagi  menuntut ilmu, ALLAH akan memudahkan kepadanya jalan menuju ke syurga" 
(Hadis riwayat Muslim)


Terbuka kepada sesiapa yang berminat (kanak-kanak/dewasa) yang ingin mempelajari ilmu Al-Quran yang dituntut di dalam Islam. Diikuti dengan pembelajaran tajwid dan fardhu ain yang harus dipelajari bagi mengemudi bahtera kehidupan sementara di dunia ini sebagai bekalan menuju ke hari akhirat kelak. Jua pembelajaran Bahasa Arab yang merupakan Bahasa Al-Quran. Maka, amat dituntut oleh kita untuk mempelajarinya sebagai mendekati dan menghayati setiap patah perkataan yang terkandung di dalam Al-Quran yang suci ketika membaca & mengungkapkannya.
 InSya ALLAH.. Allahumma Amin..




"Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, maka kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini" (Hadis riwayat Abu Daud & Ahmad)



Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

03-87233487
019-6984517

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!..


'Al-Ilmu Maal Amal Asas An-Najah'





Saturday, 7 January 2012

Welcome to MMS OASIS RESOURCES



MMS OASIS RESOURCES menawarkan pelbagai kemudahan menarik untuk dikongsi bersama kanak-kanak di luar sana bagi mempersiapkan diri untuk menempuhi kejayaan di dunia jua akhirat kelak.. Pusat asuhan kanak-kanak yang menerapkan unsur islamik dan penuh kasih sayang.. Juga pusat tuisyen bagi kanak-kanak juga dewasa dalam usaha menimba ilmu untuk kejayaan di dunia ini jua tidak lupa kejayaan di akhirat abadi kelak.. Istimewa pengajaran dalam bidang bahasa arab juga kaedah bacaan iqra’, Al-Quran dan tajwid.. yang mana InSyaALLAH, ilmu yang ditimba ini akan beroleh keberkatan di sisiNYA, di samping mendapat ganjaran sebagai bekalan di akhirat kelak..





Berdasarkan ilmu dari cendiakawan, tenaga pendidik bertaraf antabangsa.. InSya ALLAH, pusat tuisyen ini menawarkan pelbagai bidang pelajaran untuk dikongsikan kejayaan bersama.. seperti mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (UPSR & PMR) dan juga kelas fardhu ain.. seperti yang dimaklumi fardhu ain merupakan suatu yang dituntut bagi mengisi kerohanian jiwa untuk mendekatkan diri kepada RABBUL IZZATI..


Prophet Muhammad s.a.w said:

‘the best among you is the one who learns the Quran and teaches it to others’



Berbekalkan tenaga pengasuh dan pengajar yang berpengalaman juga dengan didikan untuk kanak-kanak yang dipenuhi dengan kasih sayang, moga kanak-kanak membesar dengan riang gembira penuh dengan kasih sayang seterusnya meningkatkan mutu kejayaan dalam proses pembesaran seharian.. InSya ALLAH, MMS OASIS RESOURCES menjanjikan yang terbaik buat kalian semua.. Moga hasil usaha murni yang diterapkan dalam jiwa anak-anak akan mendorong untuk melahirkan generasi Al-Quran yang unggul dalam menggapai kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.. Aminn..






Bagi sesiapa yang berminat, boleh terus menghubungi di talian yang tertera.. Pusat kami akan beroperasi di

NO.30 JALAN TPS 4/8
TAMAN PELANGI SEMENYIH
43500 SEMENYIH
SELANGOR


Ya ALLAH, semoga kita bersama akan sentiasa digolongkan dalam kalangan yang beriman dan beramal soleh serta akan ditempatkan bersama golongan yang beriman di akhirat kelak.. Aminn Ya Rabbal Alamin..




Thursday, 5 January 2012

Teachers Qualification




EDUCATIONAL BACKGROUND


* Maahad Darul Quran (Thanawi/STAM)


*Degree in Syariah University of Muktah, Jordan


*Higher Licence in Islamic Studies (BA EQUIVALENT)
  European Institute of Human Sciences, Wales United Kingdom


*Master in English with TEFL
  University of Wales Trinity Saint David, Wales United Kingdom




EXPERIENCE / PRACTICAL


*Teaching English & Arabic to Russian students at the institute in Wales, United Kingdom.


*Teaching English & Arabic to foreign students in Primary School in Lampeter, Wales, United Kingdom.


*Teaching Arabic language to foreign students from different countries in the Islamic Institute in Wales, United Kingdom


*Teaching Primary School children to read Quran


*Owner 'Child Care' at Wales, United Kingdom




Wednesday, 4 January 2012

Learning Programme


PUSAT TUISYEN
MMS OASIS RESOURCES



***************


PUSAT ASUHAN
MMS OASIS RESOURCES



Sunday, 1 January 2012

Location (MMS OASIS RESOURCES)




MMS OASIS RESOURCES LOCATION
We are located at the following address:
NO. 30, JALAN TPS 4/8,
TAMAN PELANGI SEMENYIH,
43500 SEMENYIH,
SELANGOR.
*Business Hour : 8AM - 6PM (Mon - Fri)


MMS OASIS RESOURCES CONTACT
Tel : 03-87233487
HP : 019-6984517
Mail : mmsoasis_resources@yahoo.com
Web : http://mmsoasisresources.blogspot.com



MMS OASIS RESOURCES DETAILS
Company Name : MMS OASIS RESOURCES
Company Reg : 002088394-D


MMS OASIS RESOURCES MAP
**View MMS OASIS RESOURCES in larger map





Contact Form


Name *



Email *



Subject *



Message *