Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang memasuki sesuatu jalan bagi menuntut ilmu, ALLAH akan memudahkan kepadanya jalan menuju ke syurga"
(Hadis riwayat Muslim)
Terbuka kepada sesiapa yang berminat (kanak-kanak/dewasa) yang ingin mempelajari ilmu Al-Quran yang dituntut di dalam Islam. Diikuti dengan pembelajaran tajwid dan fardhu ain yang harus dipelajari bagi mengemudi bahtera kehidupan sementara di dunia ini sebagai bekalan menuju ke hari akhirat kelak. Jua pembelajaran Bahasa Arab yang merupakan Bahasa Al-Quran. Maka, amat dituntut oleh kita untuk mempelajarinya sebagai mendekati dan menghayati setiap patah perkataan yang terkandung di dalam Al-Quran yang suci ketika membaca & mengungkapkannya.
InSya ALLAH.. Allahumma Amin..
"Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, maka kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini" (Hadis riwayat Abu Daud & Ahmad)
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
03-87233487
019-6984517
Jangan lepaskan peluang keemasan ini!..
'Al-Ilmu Maal Amal Asas An-Najah'