MUSLIM MILLENNIUM SUCCESS

MUSLIM MILLENNIUM SUCCESS

Give Kids A Smile


-

Friday, 23 March 2012

Pusat Pengajian MMS OASIS RESOURCES

Telah bersabda Nabi SAW: “Barangsiapa belajar ia akan suatu bab daripada ilmu padahal diamalkan akan dia atau tiada diamalkan akan dia nescaya adalah pahalanya amat lebih daripada sembahyang sunat 1,000 rakaat”.


Menuntut ilmu amat dituntut di dalam Islam.. Sebagai hamba ALLAH yang sentiasa leka dan lalai, seharusnya kita sentiasa beristighfar dan memajukan diri dalam mendekatkan diri denganNYA.. Mendidik anak-anak agar sentiasa menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan di akhirat kelak..




Pusat Pengajian kami menyediakan perkhidmatan menimba ilmu duniawi juga yang paling penting ialah ilmu ukhrawi.. Berpegang teguh kepada matlamat iaitu 'Ke Arah Melahirkan Generasi Al-Quran Yang Unggul'.. Moga diri kita juga anak kita akan menerima didikan yang sewajarnya yang dituntut dalam Islam..

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai teknik pembelajaran di Pusat Pengajian kami.. Kami menawarkan silibus pengajian menerusi pengalaman menubuhkan Pusat Pendidikan di Wales, United Kingdom.

SILA HUBUNGI PIHAK KAMI:

03-87233487
019-6984517





Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Hai Abu Hurairah, pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah kepada manusia, dan hendaklah kau selalu begitu hingga datang maut menghampirimu dalam keadaan begitu maka para malaikat berduyun-duyun ke makammu sebagaimana orang-orang mukmin berduyun-duyun ke Baitullah al-Haram.”




Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka ALLAH akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

"Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu."

"Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang ada di dalam air."

"Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain."

"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali."

(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)