MUSLIM MILLENNIUM SUCCESS

MUSLIM MILLENNIUM SUCCESS

Give Kids A Smile


-

Wednesday, 4 April 2012

Pendidikan Islam


Pusat Pengajian MMS OASIS RESOURCES menerapkan ilmu-ilmu yang dituntut di dalam Islam.. Melentur jiwa anak-anak dari usia yang muda untuk diperkenalkan dengan ilmu pengetahuan agar dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian.. Semoga anak-anak didik di bawah bimbingan kami akan memperoleh kejayaan di dunia juga di akhirat kelak..




Pihak kami mempunyai teknik pembelajaran bacaan Iqra'/Al-Quran merangkumi:

(1) Pembacaan
(2) Pendengaran
(3) Pemahaman
(4) Penulisan


Pihak MMS Oasis menekankan aspek kejayaan dalam diri anak didik dengan menggunakan teknik pelajaran yang berbeza, di mana dalam masa yang sama akan membuatkan pelajar tertarik dengan ilmu Al-Quran ini dengan tidak merasa jemu untuk mempelajarinya.. Seterusnya ia dapat memupuk minat pelajar terhadap ilmu Al-Quran yang suci ini.. InSya ALLAH..






Variasi Kemahiran:

*Mengeja
*Menyebut
*Membaca
*Menulis





Pelajar akan diberikan fokus secara 'individual'.. Antara teknik pembelajaran adalah:

(1) Pelajar akan membaca terlebih dahulu dan diperhatikan bacaannya oleh tenaga pengajar serta membetulkan kesalahan jika terdapat kesalahan dalam bacaan
(2) Pelajar akan diberikan latihan menulis daripada apa yang dibacakan
(3) Pelajar akan mengulangi bacaannya semula
(4) Tenaga pengajar akan membaca bacaan dan diikuti dengan pelajar membacanya
(5) Sesudah didapai bacaan pelajar itu lancar, akan dialihkan ke bahagian seterusnya








Sabda Rasulullah SAW: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya”. (riwayat Malik)


Ilmu Fardhu Ain juga diterapkan dalam diri anak didik.. Semoga ilmu yang dipelajari akan dapat membentuk generasi yang cemerlang dan menjadi anak soleh / solehah di sisi keluarga serta masyarakat kelak.. Aminn..





Bagi sesiapa yang berminat dan untuk keterangan lanjut, sila hubungi pihak kami di talian:

03-87233487

019-6984517


'Al-Ilmu Maal Amal Asas An-Najah'