Alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat Iman & Islam buat diri kita semua.. Moga Redha ILAHI akan sentiasa mengiringi setiap langkah perjalanan menuju kehidupan yang abadi kelak.. Aminn Ya Rabb!!
Hazrat ‘Abdul Rahman bin ‘Auf R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:
“Tiga perkara akan berada di bawah naungan ‘Arasy ALLAH TAALA pada hari kiamat.. Pertama, al-Quran.. Al-Quran akan berhujah dengan manusia dan Al-Quran ini mempunyai zahir dan batin.. Kedua, amanah.. Ketiga, tali persaudaraan (silaturrahim) yang akan mengisytiharkan, “ketahuhilah, sesiapa yang menghubungkan daku maka ALLAH S.W.T akan menghubungkannya (dengan rahmatNYA), sesiapa yang memutuskan daku maka ALLAH S.W.T akan memutuskannya (daripada rahmatnya).”
Moga ilmu Al-Quran yang mulia ini akan menjadi peneman setia sehingga ke hujung nyawa.. Moga dapat bersama mengamalkannya di dalam kehidupan ini.. InSyaALLAH..
Aktviti penulisan yang menjadi suatu teknik yang terbaik dan berkesan, yang membuatkan pelajar mengenali huruf di dalam Al-Quran dengan kadar masa yang singkat.. Alhamdulillah.. Di sini, pihak kami menyediakan cara terbaik dalam mengenali huruf Al-Quran juga membawa kalimah ALLAH itu dengan cara yang terbaik..
Teknik Pelajaran merangkumi:
Pembacaan
Penulisan
Pemahaman
Pendengaran
Alhamdulillah, dengan teknik yang digunakan ianya sangat membantu pelajar untuk mengenali pembacaan dengan dalam kadar masa yang cepat. Tahniah! Moga terus berjaya dalam memperolehi keberkatan mempelajari ilmu yang mulia ini.. Aminn..
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak dibenarkan sebarang hasad kecuali terhadap dua jenis orang. Sesorang yang ALLAH TAALA telah merahmatinya dengan pembacaan Al-Quran, maka dia berada dalam keadaan demikian siang & malam dan seseorang yang dikurniakan harta dan dia membelanjakan harta itu (di jalan ALLAH TAALA) siang & malam.”
~Hadith riwayat Bukhari, Tirmizi & Nasaie~