MUSLIM MILLENNIUM SUCCESS

MUSLIM MILLENNIUM SUCCESS

Give Kids A Smile


-

Tuesday, 21 February 2012

Kelas Pengajian Dewasa & Kanak-Kanak


Bismillahirrahmanirrahim..


'Kebahagian ilmu pengetahuan itu bersifat tetap, keagungannya kekal, namanya selalu dikenang.. Sedangkan kebahagiaan memiliki harta akan lenyap, keagungannya akan hilang, dan namanya segera dilupakan'..
 (Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni)


Menuntut ilmu adalah suatu amalan yang sungguh mulia di sisi ILAHI.. Lebih-lebih lagi ilmu yang dituntut itu merupakan suatu pendidikan yang murni demi menggapai kejayaan abadi nun di akhirat sana kelak.. Ilmu Al-Quran adalah ilmu yang suci yang mestilah dipelajari akannya, kerana Quran merupakan sumber segala-galanya dalam kehidupan kita di dunia sementara ini menuju ke kehidupan abadi kelak suatu hari nanti.. Mari bersama kita mempelajari, mengamati dan beramal dengan ilmu Al-Quran yang suci ini..


Kepada golongan dewasa & kanak-kanak yang berminat untuk mempelajari
 ilmu Al-Quran.. 
PENDAFTARAN DIBUKA SEPANJANG TAHUN!!

Sila hubungi untuk keterangan lanjut:

03-87233487
019-6984517




Kepada ibu bapa, mari bersama mendalami rintihan anak soleh..

'Ilmu akhirat wajib dipelajari, bekalan untuk bertemu ILAHI..
Ilmu duniawi boleh dicari, panduan hidup untuk berbakti'




Anak itu umpama kain putih yang suci bersih.. Maka ibu bapanyalah yang berhak mencorakkan keperibadian anak-anak mereka.. Mari kita mendidik anak-anak kita ke arah kebaikan dalam menggapai keredhaan ILAHI, sebagai penguat diri kita untuk sentiasa mendoakan kita agar dalam pemeliharaan ALLAH SWT selalu.. Aminn..


Wednesday, 18 January 2012

Promosi Kelas Pengajian & Bahasa Arab



Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang 


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang memasuki sesuatu jalan bagi  menuntut ilmu, ALLAH akan memudahkan kepadanya jalan menuju ke syurga" 
(Hadis riwayat Muslim)


Terbuka kepada sesiapa yang berminat (kanak-kanak/dewasa) yang ingin mempelajari ilmu Al-Quran yang dituntut di dalam Islam. Diikuti dengan pembelajaran tajwid dan fardhu ain yang harus dipelajari bagi mengemudi bahtera kehidupan sementara di dunia ini sebagai bekalan menuju ke hari akhirat kelak. Jua pembelajaran Bahasa Arab yang merupakan Bahasa Al-Quran. Maka, amat dituntut oleh kita untuk mempelajarinya sebagai mendekati dan menghayati setiap patah perkataan yang terkandung di dalam Al-Quran yang suci ketika membaca & mengungkapkannya.
 InSya ALLAH.. Allahumma Amin..




"Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, maka kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini" (Hadis riwayat Abu Daud & Ahmad)



Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

03-87233487
019-6984517

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!..


'Al-Ilmu Maal Amal Asas An-Najah'





Saturday, 7 January 2012

Welcome to MMS OASIS RESOURCES



MMS OASIS RESOURCES menawarkan pelbagai kemudahan menarik untuk dikongsi bersama kanak-kanak di luar sana bagi mempersiapkan diri untuk menempuhi kejayaan di dunia jua akhirat kelak.. Pusat asuhan kanak-kanak yang menerapkan unsur islamik dan penuh kasih sayang.. Juga pusat tuisyen bagi kanak-kanak juga dewasa dalam usaha menimba ilmu untuk kejayaan di dunia ini jua tidak lupa kejayaan di akhirat abadi kelak.. Istimewa pengajaran dalam bidang bahasa arab juga kaedah bacaan iqra’, Al-Quran dan tajwid.. yang mana InSyaALLAH, ilmu yang ditimba ini akan beroleh keberkatan di sisiNYA, di samping mendapat ganjaran sebagai bekalan di akhirat kelak..





Berdasarkan ilmu dari cendiakawan, tenaga pendidik bertaraf antabangsa.. InSya ALLAH, pusat tuisyen ini menawarkan pelbagai bidang pelajaran untuk dikongsikan kejayaan bersama.. seperti mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (UPSR & PMR) dan juga kelas fardhu ain.. seperti yang dimaklumi fardhu ain merupakan suatu yang dituntut bagi mengisi kerohanian jiwa untuk mendekatkan diri kepada RABBUL IZZATI..


Prophet Muhammad s.a.w said:

‘the best among you is the one who learns the Quran and teaches it to others’



Berbekalkan tenaga pengasuh dan pengajar yang berpengalaman juga dengan didikan untuk kanak-kanak yang dipenuhi dengan kasih sayang, moga kanak-kanak membesar dengan riang gembira penuh dengan kasih sayang seterusnya meningkatkan mutu kejayaan dalam proses pembesaran seharian.. InSya ALLAH, MMS OASIS RESOURCES menjanjikan yang terbaik buat kalian semua.. Moga hasil usaha murni yang diterapkan dalam jiwa anak-anak akan mendorong untuk melahirkan generasi Al-Quran yang unggul dalam menggapai kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.. Aminn..






Bagi sesiapa yang berminat, boleh terus menghubungi di talian yang tertera.. Pusat kami akan beroperasi di

NO.30 JALAN TPS 4/8
TAMAN PELANGI SEMENYIH
43500 SEMENYIH
SELANGOR


Ya ALLAH, semoga kita bersama akan sentiasa digolongkan dalam kalangan yang beriman dan beramal soleh serta akan ditempatkan bersama golongan yang beriman di akhirat kelak.. Aminn Ya Rabbal Alamin..